Berita seluruh dunia hari ini melaporkan kejayaan askar Amerika membunuh Anwar Awlaki, seorang arab keturunan Yaman yang dilahirkan di Amerika. Beliau fasih berbahasa inggeris dan merupakan orang penting yang menyebarkan fahaman Al-Qaeda dengan menggunakan teknologi internet terkini.
Dilahirkan di New Mexico dan membesar di Virginia, Anwar pernah bertugas sebagai imam di masjid San Deigo pada tahun 1990-an dan belaiu juga pernah tinggal di UK antara tahun 2002 hingga 2004 bertugas mengajar agama pada orang muda muslim di sana.
Amerika menuduh dia bertanggung jawab terhadap beberapa serangan ke atas askar amerika dan sentiasa menggalakkan pengikutnya membunuh orang amerika kerana beranggapan Amerika adalah pengganas. Beliau melarikan diri ke Yaman dari buruan askar amerika pada tahun 2007 dan telah berjaya menyelamatkan dirinya dari beberapa serangan askar pembunuh amerika.
Obama yang mengarahkan sendiri pembunuhan Anwar menganggap ia satu kejayaan besar amerika bagi melumpuhkan kegiatan al-qaeda dengan terbunuhnya orang yang boleh berhubungan dengan dunia luar melalui media terkini.
Pembunuhan Anwar dilakukan dengan mengguna jet tempur amerika. Ia merupakan senjata kegemaran Obama dalam aktiviti membunuh mereka yang dituduh sebagai pengganas Al-Qaeda. Pemimpin serta askar amerika kini gemar memburu dengan menggunaka jet pejuang. Kalau orang inggeris zaman dahulu sering masuk hutan memburu binatang dengan anak panah dan kuda, mereka kini masuk negeri orang dengan jet dan juga peluru berpandu untuk memburu manusia.
P/S hahahahah...korang fikir Anwar mana ni....Anwar Awlaki laaa...
10 comments:
cuak aku bro... kih kih kih
ntahnya..uncle pun cuak gak hahahha
wah berita terbaru ni...
alfatihah..
tajuk tu memang 'menggemparkan' untuk rakyat malaysia...
suke2 aje nak bunuh orang...konon hero la tuh...
*** gelak sakan jugak...terkena dengan tajuk
Benci amerika..
tokojut den
aku ingat DSAI tadi...
uisshhh..saspen bui
herankan camne ade orang Islam , dan juga orang Malaysia yang menggagungkan Obama nih ... kate keturunan Islam lah , lain dari yang lain lah ... puiiii
same je diorang nih , bacul lak tu ... nak bunuh sorang pun , nak kene pakai jet pejuang ... impak roket tu dah tentu besar , boleh kene orang tak berkenaan ... bebalnye amerika
Post a Comment