Wednesday, October 19, 2011

HIMPUNAN SEJUTA UMAT 22 OKT 2011 | DATANG JANGAN TAK DATANG.....TAPI INGAT ???


Salam to all my friend, hari Sabtu akan diadakan satu perhimpunan halal, sebab apa aku kata halal sebab dah ada permit polis...kalau takde lain citer laaa kan. Jadi aku harap perhimpunan ini akan berjalan lancar dan mencapai objektif yang ingin dicapai. Dan yang paling penting tiada pihak yang akan mengambil kesempatan menjala di air yang keruh untuk menjadi jaguh dalam penganjuran perhimpunan ini, terutamanya parti-parti politik. Biarlah kita semua yang hadir dan yang menyokong perhimpunan ini menjadi jaguhnya. 

Bagi aku perhimpunan ini bukan untuk menunjukkan kita umat islam memusuhi sesiapa tetapi ingin menunjukkan kita bersatu dalam mempertahankan hak dan akidah sesama kita. Semoga perhimpunan ini akan menjadi satu titik tolak kepada seluruh umat islam di Malaysia agar memahami tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam mempertahankan akidah umat islam di bumi Malaysia ini. Jadi apa objektif perhimpunan ini.....

Apa objektif yang mahu kita capai dalam Himpunan Sejuta Umat ini ?
  • Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.
  • Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.
  • Memberitahu kepada rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.
  • Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.
  • Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.
  • Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.
Himpunan  Sejuta Umat ini akan dikendalikan mengikut lunas-lunas dan prinsip himpunan seperti berikut :
  • Keseluruhan pengendalian program dari awal hingga akhir sama sekali tidak menggambarkan kecenderungan berpolitik.
  • Peserta himpunan terdiri daripada semua rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan agama dan afiliasi politik  (Walaupun perhimpunan ini secara logiknya akan disertai oleh orang Islam namunpenyertaan mereka yang bukan Islam dialu-alukan).
  • Himpunan ini adalah perhimpunan aman yang mendapat kebenaran pihak yang berkuasa.
  • Tema himpunan tertumpu atau fokus kepada kegiatan kristianisasi, kesan dan cabarannya kepada masyarakat majmuk di negara ini.
  • Penyertaan Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sebagai tonggak atau payung bangsa Melayu dan Agama Islam adalah sangat munasabah dan bertepatan pada masa dan ketikanya.
Okay dah faham semua apa objektif dan prinsip perhimpunan ini, jadi yang hadir  aku harap buang  jauh-jauh sentimen politik dan sentimen-sentimen lain. Hadir atas nama islam dan bersatu padulah kerana dengan penyatuan dan kesepaduan sahaja kita semua akan menjadi kuat dan bermutu..sesuai dengan moto jata negara...bersekutu bertambah mutu..huhuh selamat berhimpun..aku tak pergi sebab aku di Sarawak..aku support dari kejauhan..

9 comments:

simanis said...

saya juga support dari kejauhan nampak nya...

Unknown said...

sama le aku bro..aku tetap support apa usaha utk mempertahankan kedaulatan Islam...

arituarini said...

sama2 la kita sokong..

Abu Bagi said...

wah bagus ni.. kalau sempat aku nak pegi gak la..

bella luna said...

menarik,..tak sabar nak tahu pengisian drpd perhimpunan nie,.hope ade member nak pergi,huhu

afzalsukasuki said...

aku kalau takde aral melintang aku nak pegi jugak ni!!

Unknown said...

jgn kecoh2 taw

Hajah Samiah binti Samari said...

best gak lau join ek

Unknown said...

Insallah berjumpa kita di sana yer..