Wednesday, October 19, 2011

PROGRAM BANK SUSU | TIDAK MENYALAHI HUKUM SYARAK


PROGRAM BANK SUSU | Salam to all my friend, dalam paper hari ini ada satu tajuk yang sangat menarik perhatian aku, iaitu berkenaan Bank Susu. Satu kenyataan yang dibuat oleh Mufti Perlis berkaitan program tersebut aku petik "Pelaksanaan program Bank Susu bagi menyimpan bekalan susu badan untuk menyelamatkan bayi pramatang tidak bersalahan dengan hukum islam, malah ia juga tidak menjadikan bayi yang menerima susu itu sebagai anak atau “mahram” penderma. 

Kerana mengikut mufti Perlis penyusuan perlu berlaku secara langsung (rada’ah) daripada payudara wanita kepada bayi sebagaimana disebut dalam nas al-quran dan hadis.

Justeru, beliau berkata pengambilan susu melalui botol atau mana-mana kaedah lain tidak akan menjadikan wanita dan bayi tersebut mempunyai pertalian di sisi syarak yang boleh menimbulkan masalah dan kekeliruan jika konsep bank Susu dilaksanakan.

p/s : kalau idea ni merupakan satu yang sangat diperlukan oleh bayi-bayi pramatang untuk terus hidup..memang perlu diwujudkan, berdasarkan kenyataan Mufti Perlis tu, ianya tak menyalahi hukum  syarak maka kita perlu menyokong penubuhan Bank Susu tetapi mungkin memerlukan kajian yang lebih mendalam dan melibatkan pelbagai pihak agar program ini tidak akan menimbulkan masalah di kemudian hari.

3 comments:

simanis said...

perlu kajian dengan sangat mendalam. ia nya ini melibatkan hukum. jika dibenarkan dalam Islam, demi menyelamatkan nyawa bayi bayi pramatang, saya juga akan menderma...hehehe

Syuxer said...

kajian menyeluruh sangat diperlukan dalam hal ini takut timbul salah faham dikemudian hari..negara kita berbilang kaum dan mempunyai ilmu agama rata2 tak berapa tinggi, ada yang men redah ambil jalan singkat untuk menidakkan hukum agama demi mencapai matlamat sendiri

afzalsukasuki said...

kengkawan aku buat macamtu..penuh peti sejuk opis ngan susu dorang.nasib aku tak terliur pegi balun susu dorang tu.huhu