Wednesday, October 19, 2011

TERAPI OZON DAN CHELATION | JANGAN DIAMALKAN


TERAPI OZON DAN CHELATION | Pengamal perubatan dinasihatkan supaya tidak mengamalkan terapi ozon dan chelation (mengenyahkan logam berat dalam badan) sebagai kaedah rawatan untuk pesakit kerana tiada bukti ia mampu merawat sebarang penyakit.

Presiden Majlis Perubatan Malaysia, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman (gambar) berkata, kesimpulan itu dibuat selepas majlis berkenaan mengadakan perbincangan mendalam serta memperoleh maklumat saintifik dari dalam dan luar negara.

"Tiada bukti yang menyokong penggunaan terapi itu dapat memberi sebarang kesan berfaedah kepada pesakit yang menjalaninya."Kajian lanjut masih perlu dilakukan bagi memastikan keberkesanan dan juga keselamatan terapi berkenaan kepada pesakit," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua Pengarah Kesihatan berkata, terapi itu tidak seharusnya digunakan kecuali untuk tujuan penyelidikan sehingga dibuktikan ia mendatangkan faedah kepada pesakit.Hasan seterusnya menasihatkan orang awam supaya tidak menjalani terapi itu dan sebarang risiko berkaitan rawatan tersebut harus ditanggung sendiri.

P/S : teknik ozon ni aku kurang pasti untuk rawatan apa…kulit ke apa ?  apapun yang paling penting sebelum mengamalkan apa-apa teknik perubatan, selidik dan tanyalah pada yang pakar. Dan yang paling utama jagalah pemakanan….itu bagi aku lagi penting kerana setiap penyakit kebanyakannya berpunca daripada gaya pemakanan kita.

dipetik dari : utusan online

7 comments:

khairul said...

1st time dengar ttg terapi Ozon ni

uncle hyree said...

huhuuu dok dengar dalam keratan iklan dalam akhbar..tapi tak tau apa dia terapi ozon....yg terbaru..rawatan pakai ikan yg gigit sisa kulit kaki pun tak berapa di galakkan kerana takut bahaya merekbakknya virus HIV huhuu

harrazdani said...

uncle : uishhhh betul ker...hiv??? bahaya2

ABU said...

kalau tak de apa faedah, tak payah la nak pakai..

tunz said...

kita jgn cepat dan mudah percaya tntg mcm2 rawatan yg ditawarkan di merata2...takut penyakit yg ada x pulih,penyakit lain lak yg menyerang

bella luna said...

sama je abg khairul, first time dgr pasal terapi ozon n chelation nie,huhu,.

caliph shuriken said...

kali pertama dgr terapi ozon...