Salam to all my friend, hari ini aku off boleh laaa baca apa-apa yang patut, tup –tup laaaa Somalia ni rupanya negara majoritinya islam....ingat geng belah sana.huhu. Negara ini untuk pengetahuan korang semua, tidak berkerajaan dan sekarang ia di bawah pentadbiran Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan United Nation (UN). Yang tambah keroh lagi keadaan wijud pulak kumpulan islam bersenjata Al-Shabab yang menguasai beberapa khemah-khemah pelarian di sana dan kewujudan kumpulan ini didakwa oleh pihak PBB dan UN menyukarkan bantuan untuk disalurkan. Inilah masalahnya..aku pun tak tahu apa motif kumpulan Al-Shabab ni wujud. Lanun lagi satu hal....
Yang lebih mendukacitakan lagi mana negara-negara islam sekeliling...yang kaya raya..macam Dubai dan negara arab lain...buat bangunan tertinggi di dunia boleh pulak, tapi umat sesama agama tidak dipedulikan. Di mana beribu-ribu orang kebuluran dan sudah banyak yang telah meninggal dunia. Mereka hanya mampu fikir, nakkan sesuap nasi dan seteguk air jer tiap kali perut lapar. Dah tak fikir soal politik dan keyakinan yang paling penting pada saat ini adalah makanan.
Sebagai seorang muslim kalau kita dengar dan lihat macam ni apa perasaan kita. Memang sedih apatah lagi saudara seagama. Aku terfikir mana pergi OIC....tido kaaa..memang mereka tido laaa aku ingat dan sekadar berkata “ooohhhh i seeee” tengok jer laaaa kuasa takder pun...orang islam sememangnya tak boleh harapkan sangat ngan pertubuhan macam ni.
Dan sekarang ini pertubuhan keagamaan kristian dan masuk ke Somalia bagi bantuan, kena ingat adik abang semua..mereka datang bukan setakat bagi bantuan jer...kita orang islam tak boleh salahkan mereka...Mereka melihat peluang yang ada dan manfaatkannya dengan sebaik mungkin...isunya siapa yang bagi peluang ????? kita juga kan ....Sama laaa situasi kita di Malaysia ni..aku setuju ngan DR Maza mantan mufti Perlis...dia cakap apa yang berlaku di Malaysia kerana pihak yang berwajib banyak sangat goyang kaki dan karenah birokrasinya sampai yang nak bantuan ciput pun kena tunggu berbulan-bulan...jadi mereka yang lemah iman ni..bila ada orang yang hulur bantuan mereka tak kira dah laaaa.....hmmm
Jadi kita di Malaysia ni macam mana nak tolong, kita pun mesti masih teringat lagi tentang seorang juru gambar rakyat kita yang terkorban di sana...nak pergi sana mungkin tak boleh...kita tolong dengan cara yang termampu..dengan cara apa? Derma laaaa..orang Malaysia kan memang kaki derma. Jadi Orang ramai atau syarikat yang ingin menderma boleh menghulurkan sumbangan masing-masing menerusi akaun Maybank 514105-320757 atau datang sendiri ke Bahagian Kewangan NSTP di 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur atau menghantar cek atas nama The New Straits Times Press (M) Bhd, dengan menulis Tabung Bencana NSTP-Media Prima di belakang cek. butiran berkaitan tabung.
Pertolongan ni dihulur bukan kerana mereka itu islam semata-mata tetapi mereka itu manusia.....
6 comments:
Sedihnya tengok gambar tu...kita di sini berbuang buang makanan...
Ya allah...sedih!
sedih pun dah ok laaa...dari tak sedih langsung...;)...
Insha'Allah, may Allah SWT ease their pains. May our brothers and sisters dapat menolong mereka, tidak kira dari segi apa pon.
kt kat Malaysia ni kena bsyukur..
mereka byk kebulur,kt ni byk lak membzir dan mengeluh!
nisa ; yesszaaa tolong laaa sesama manusia
nuyui ; kita dah terlalu selesa...jd jgn membazir..
Wahai rakyat Malaysia yg rasa sentiasa rasa tak cukup. cuba tgk mereka2 nie lg tak cukup dari kita...
bersyukurlah kita dgn apa yg kita dpt berbanding dgn mereka.....
Post a Comment