Sunday, November 27, 2011

DIA PENGEMIS TETAPI DIA JUGA DERMAWAN....HMMM MACAM2



Dia pengemis, namun dia juga DERWAWAN. Menurut laporanChina Daily, lelaki dengan dua gelaran ini bernama Wang Zhiyou,41, berasal dari kampung Yongping di daerah Heilongjiang, China.

Wang yang sudah berbelas tahun mengemis sekitar bandar raya di China mendakwa menderma wang tersebut kepada orang lain yanglebih memerlukan wang. Kemurahan hati Wang mendorong pihak media  menggelarnya sebagai "peminta sedekah pemurah".


Beliau tiba di Changsha, ibu kota wilayah Hunan, pada 6 Sept 2011.Wang biasanya mengemis di satu tempat selama sebulan sebelum beralih ke tempat lain.

"Selepas mengemis selama satu bulan, saya akan menderma wangyang saya peroleh kepada orang yang memerlukan bantuan," katanya.

Wang berkata
 beliau berbuat demikian kerana latar belakang sejarah dirinya. Pada usia remaja, Wang mengetahui bahawa dirinyamerupakan anak angkat kerana ibu bapa kandungnya terlalu miskinuntuk menyara lebih daripada seorang anak. Wang belajar tentangkesusahan orang miskin. Atas alasan itu, dia mula mengemis untuk orang lain 15 tahun yang lalu.

"Saya telah mendermakan sebanyak 40 000 Yuan (RM20 067)dalam tempoh 15 tahun. Setiap kali saya menderma wang, sayaakan meminta resit," katanya sambil menunjukkan timbunan resit dan buku bank sebagai bukti. SUMBER

No comments: