Monday, November 28, 2011

APA NIAT SHIDA HARMI DEDAH GAMBAR-GAMBAR MESRA BERSAMA KHAIRUL FAHMI



Salam sahabat, mengapa bertimpa-timpa dugaan dan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh penjaga gol muda ini !!! ketika beliau berada dikemuncak prestasi dan dalam persediaan mewakili  Malaysia yang akan menentang Bahrain malam ini keluar pula gambar beliau bersama Shida Harmi. Pengajaran untuk semua, jagalah tingkah laku dan sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan kita. Mungkin pada masa kita melakukan kita tak tahu impaknya pada diri kita. Di kalangan kita siapa yang boleh meramal masa depan? pasti tidak adakan ...

Jadi beringatlah kerana mungkin suatu hari nanti rezeki anda akan menjadi seorang  ikon atau terkenal tetapi jangan kita lupa !!! semakin tinggi kita semakin ramai orang yang akan memusuhi dan dengki pada kejayaan kita....Jadi mereka akan berusaha mencari kelemahan dan kekukarangan kita, maka kisah-kisah sebeginilah akan didedahkan untuk menjatuh dan memalukan kita. Kesimpulannya berhati-hatilah dalam setiap tindakan yer. korang boleh baca tentang pendedahan terbaru ini di bawah :

"Awal malam tadi, kami menerima satu e-mail dari satu alamat yang di’ragui mengandungi gambar gambar yang bakal anda lihat selepas ini. Jika anda masih ingat, sekitar Ogos 2011 yang lalu ketika Malaysia sedang hangat kisah tunang Khairul Fahmi Che Mat & Elia, ada satu watak sampingan bernama Shida Harmi.
Kami amat pasti penghantar e-mail yang kami (dan beberapa rakan media lain) terima ini merupakan kenalan rapat atau mungkin Shida Harmi sendiri. Dan, kami sedikit ragu dengan motif sebenar pendedahan ini ketika Khairul Fahmi kembali ke puncak sanjungan peminat selepas kejayaan demi kejayaan yang tidak sedikit pun terganggu dek gossip.
Set gambar yang kami terima turut mengandungi dua screenshotBlackberry Messenger (BBM) yang kami percaya perbualan antara Khairul Fahmi & Shida Harmi sendiri sekitar Ogos 2011 yang lalu."

 sumber rotikaya

8 comments:

CucuTokMat said...

hishh betul ke cite nie? kesian dekat fahmi. tak payah laa letak text BBM yg last sekali tuh. nt akan kecoh pulak hal nie.kesian fahmie... biarlah nie hal peribadi dia.... sekadar bg pendapat. :(

kotak bulat said...

hurm.. muncul pulak gosip ni.. mcm2..pelik bila benda ni timbul wktu dia melonjak naik kan..ad yg xpuas ati la ni//

simanis said...

menumpang glamer walaupun rela airmuka tergadai hahaa...

shafiqahkay said...

.: aku malas nak amik port pasal life si fahmi ni..lantak la ape pun yang penting aku support effort die dlm team HM... kadang2 aku kesian, mcm mane la die nak fokus dgn mcam2 hal lagi. :.

to fahmi : lantak pi la dgn life hang yang penting hang fokus dgn karier hang... ! go HM !!

Noraien said...

hurmmm .macam2 cerita pasal fahmi nie .tadi baru lepas baca pasal kes dia mnum minuman keras.haishh,jadi dri minta trus tak m inat .hope sangat apek akan berubah .

laskar pelangi said...

aduhai.memacam plak pasal apek..dah femes camni plak jadinya...

Green Apple said...

tu la pasal... jgn mudah terjebak.. kelak menjerat diri sendiri..
kadang2 ada yg ambil kesempatan utk menjatuhkan seseorang

Anonymous said...

Bbm tu boleh je tukar nama. Pastu screen grabber. Takbaiklah buat fitnah. Pastu sebar keaiban org. Kesian apek!