Tuesday, November 1, 2011

FOTO INI MENANG ANUGERAH "THE ENVIRONMENTAL PHOTOGRAPHER OF THE YEAR COMPETITION"



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jom layan gambar yang aku ambil ni..hahah...angan-angan jer laaa..gambar ini membolehkan jurugambarnya memenangi Pertandingan Jurugambar Alam Sekitar Tahun 2011, Chan Kwok Hung menerangkan bagaimana dia berhasil untuk menangkap gambar tentang kehidupan dua orang kanak-kanak yang terdedah dengan pencemaran alam sekitar akibat masalah kemiskinan.

'Gambar itu diambil di Kathmandu, ibu kota Nepal. Dua orang kanak-kanak ini tinggal berdekatan dengan kawasan pembuangan sampah bersama nenek mereka. Setiap hari mereka mencari sesuatu yang berguna yang boleh dijual semula untuk mendapatkan wang supaya mereka boleh membeli makanan.

Jika mereka tidak menjumpai apa-apa, nenek mereka memarahi dan menyalahkan mereka. Malangnya, mereka tidak menemui apa-apa untuk beberapa hari, dan mereka berasa sangat lapar.
“Saya memberikan mereka sedikit wang dan biskut selepas mengambil gambar ini, tetapi saya tidak tahu siapa yang akan membantu mereka selepas itu,” kata Encik Chan.- orangmuo

15 comments:

Karya Hati said...

cun! tang rambut tu mahal! pergh!!!

harrazdani said...

cha : dia pki HDR ni...

RHI said...

akak suka juga ambil2 gambar ni, lama juga jadi fotografer dulu, biasa akak ambil gambar perkahwinan

tapi gambar tu, memang bermakna

Liyana Zahim said...

Some pictures dey tell us more than words can be~

harrazdani said...

kak yatie & liyana : dah agak yang komen semua kaki gambar..huhu

si robot comel said...

ini superb!

Unknown said...

gambar mmg osem
tapi bui lagi tertarik dgn kisah disebalik gambar ni..
kesian budak2 tu..

Tie HT said...

menyedihkan story di balik gambar ni..perit

HEROICzero said...

cantik gambar ni , ironi nya , menceritakan keburukan dunia . =)

syuxer said...

gambar ini menyerlahkan kemiskinan yang teruk melanda di nepal..kesian kecik2 sudah menanggung derita kemiskinan yang teruk

arituarini said...

memang terbaik lah ...

AsyRaF is VeRy HumBLe said...

gambar terbaik!..bnyak makna disebalik gambar ni..

Cikgu Jaja™ said...

gambar mahal bila dilihat dengan makna..

♥ Elin Adrenalin ♥ said...

tak boleh tgk anak2 tuh...
sedih.

sebb naluri keibuaan sy sgt sensitif.

bersyukur. ad yg lebih derita lgi.

Unknown said...

ini real @ drawing ?