Thursday, November 24, 2011

MALAYSIA VS BAHRAIN 27 NOV 2011 KELAYAKAN OLIMPIK 2012 | "MEREKA SUDAH PENAT"


Salam sahabat, malam ini Malaysia tewas ditangan pasukan yang boleh dikatakan antara yang terkuat di Timur Tengah, kekalahan pada Syria pun bagi aku tidaklah seteruk mana kerana pada separuh masa pertama kita bergerak agak tersusun dan bertenaga. Cuma di separuh masa kedua segalanya nampak semakin sesak dan lesu. aku hanya boleh katakan "mereka sudah penat" mereka manusia bukan robot yang diprogram untuk bekerja 24 jam siang dan malam.

Keadaan sekarang aku melihat para pemain seakan telah mencapai ke tahap tetinggi prestasi dan tidak terdaya lagi untuk mengharungi jadual yang sangat ketat dan mencabar ini. Mereka berlari di atas padang hanya berbekalkan semangat dan harapan rakyat Malaysia yang tersandang dibahu mereka, jika ingin dikerah kudrat yang ada bagi aku sudah sampai ke tahap yang paling bawah.

"mereka sudah penat" hanya itu yang boleh aku katakan. Untuk mengharungi perlawanan pada hari Ahad ini menetang pasukan Bahrain, aku harap satu keputusan yang positif diterjemahkan, tetapi aku pasti rakyat Malaysia boleh menerima apa jua keputusan kerana mereka memahami apa yang aku maksudkan "mereka sudah penat"

Tetapi dalam pada itu kita perlu ingat objektif utama skuad ini ke mana sebenarnya...

2 comments:

Unknown said...

yg penting gold medal kita kuasai

Unknown said...

yg penting mereka ada usaha utk bermain dgn baik..