Wednesday, November 23, 2011

TERLEBIH E-COLI TERKURANG PULA FLOURIDANYA | AIR KELANTAN

Salam sahabat, hari Minggu yang lepas aku ada terbaca di Mingguan tentang tajuk ini "air Kelantan terkotor", dan hari ini seperti biasa di muka hadapan lagi kali ini lebih kecil slotnya, "air punca kanak-kanak Kelantan rosak gigi" kurang florida katanya...nasib baik wartawan Utusan masih demam bola kalau tidak mahu diletakkan 'main news' lagi tentang kekurangan dan kekotoran air Kelantan. Aku malas nak ulas panjang-panjang pasal isu ni cuma aku nak kongsikan info surat yang dihantar oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kepada Pengurus Besar Air Kelantan.



Aku terfikir mengapa hanya difokuskan kepada Kelantan ??? 0.88% adakah lebih besar dari 1.21%, 1.12% aku sebenarnya kurang faham mengapa 0.88 % boleh dikatakan tertinggi kandungan E-colinya....Memang aku akui tentang tahap infrastruktur kemudahan air bersih di Kelantan banyak kekurangannya, tetapi mengapa ia dicanang sebegitu rupa..?? aku sebenarnya sebagai rakyat Kelantan agak tersentuh dengan tajuk-tajuk sedemikian. Jika benar ada kekurangan dan kelemahan mengapa ianya tidak dibantu, malah dihenyak dan diperlekehkan lagi. bukankah Kelantan merupakan negeri yang majoritinya melayu. Kalau melayu ingin dibela dan dibantu Kelantanlah negeri yang paling sesuai.

Aku bukan pandai berpolitik tetapi jika politik didahulukan macam ni lah jadinya. Mencari kesempatan atas kesempitan. dunia politik memang begitu. Kadang kala ianya nampak indah dan kadangkala ia nampak sangat buruk dan kotor. Apa jalan penyelesian isu ini ???? jawabnya ialah politik. Dan aku melihat impaknya mereka yang dipihak lemah akan menang....seolah-olah si bapa menuduh anaknya tidak pandai dalam masa yang sama segala kemudahan dihalang agar si anak nampak sangat bodoh dan daif.

wassalam.

P/S jika ada yang tahu tentang apakah kaedah yang digunakan sehingga keluar keputusan seperti yang dilaporkan tolong jelaskan....

No comments: