Monday, November 7, 2011

SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) | IKUT KAJIAN ADA YANG NAK KERJA SAMPAI ......!!!



Assalamaulaikum dan Salam Sejahtera.

SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) | lagi pasal SBPA, hari ini aku terbaca di satu portal menyatakan bahawa majoriti menyokong kerajaan melalui sistem SBPA ini  menaikkan umur persaraan kepada 60 tahun. Yang bersetuju sudah semestinya daripada kakitangan  awam sendiri.  Kalau tanya geng-geng swasta mungkin jawapan mereka sebaliknya..Kerana kerja di bidang swasta ni  tekanan kerja adalah lebih berat berbanding kerja kerajaan, jadi buat apa nak tunggu lama-lama..huhhu 

Dalam kaji selidik yang dijalankan oleh Jobstreet.com pada bulan lalu, 72 peratus daripada responden menyokong gesaan untuk menaikkan umur persaraan daripada 55 tahun, dengan kebanyakan mereka (34 peratus) menyatakan mereka memilih untuk bersara pada umur 60 tahun.  Manakala Sebanyak 15 peratus menyatakan mereka memilih untuk bersara pada usia 65 tahun, manakala 12 peratus berkata mereka lebih suka jika tiada umur maksimum ditetapkan bagi persaraan.

Semangat betul mereka ni mahu bekerja yer...sampai ada yang sanggup bertugas sampai ke umur 65 dan ada pula yang lbih uka tiada umur makimum ditetapkan.....golongan yang suka tiada had umur maksimum ini bagi aku ada dua golongan...Mereka yang nak bersara awal kerana tiada had umur makimum persaraan dan yang kedua golongan yang mahu kerja sampai mati...

Jadi bagi aku laaa...umur persaraan yang ditetapkan 60 tahun ni , biarlah mereka dari golongan yang membuat perancangan dan keputusan, bukan dari golongan perlaksana kerja. Kerana jika mereka yang berumur 60 tahun ni, jika masih ditugaskan untuk melaksanakan kerja...separuh daripadanya tidak produktif dan memberi pelbagai alasan. Alasan yang paling famous ialah  "aku dah nak pencen!!!"" buat kerja pun ala kadar jer....berehat laaa fikirkan pasal bekalan ke sana pula.

Wassalam  

3 comments:

Yatie Awang said...

ok juga tu, sebab sekarang ni, 60 tahun masih kuat dan sihat lagi hihiih

Amie said...

kalau dah umur 60 ke atas... kang susahlah pulak kerajaan...kena fikir elok2, nanti dalam seminggu ada saja surat MC

pakarcopy said...

elok pencen awal je,bg peluang pada yg muda2 berkhidmat..yg dah berumur tu boleh buat keje lain ,aktiviti kemasyarakatan ke,boleh penuhkan masjid ,surau...boleh balik kg awal...