Sunday, November 20, 2011

SUAMI TUNTUT ISTERI PULANGKAN BALIK GINJALNYA!!!


Seorang doktor di New York, Dr. Richard Batista mahu isterinya memulangkan semula ginjalnya yang diberikan kepada wanita berkenaan atau membayar pampasan berjumlah AS$1.5 juta (RM5.3 juta).Bapa kepada tiga anak itu mendermakan satu organ tersebut kepada isterinya, Dawnell Batista pada 2001 apabila wanita berkenaan mengalami kegagalan buah pinggang.

"Dia isteri saya. Sudah tentu keutamaan saya untuk menyelamatkan nyawanya dan masa depan anak di samping mengekalkan keharmonian rumahtangga kami," kata doktor berusia 49 tahun itu. Namun, Batista merasakan pengorbanannya selama ini tidak berbaloi apabila isterinya memfailkan perceraian empat tahun lalu dan dia mengesyaki wanita itu bermain kayu tiga.

Dalam satu kenyataan media minggu ini, doktor tersebut menyatakan dia menyaman isterinya kerana tidak dibenarkan menemui tiga anak mereka yang berusia 8, 11 dan 14 tahun.Bagaimanapun, pakar-pakar perubatan Amerika Syarikat memberitahu, saman tersebut tidak beretika selain bertentangan dengan undang-undang negara itu. sumber

2 comments:

afzalsukasuki said...

kalau aku..aku sokong tindakan si suaminya tu

Cikwani said...

gila lah... tak tau nk sokong sape.. si isteri mmg la xpatut sangat lah main kayu 3, tapi kalau nk ckp tntg jodoh, dah mcm mane kalau mmg jodoh smpai kat situ.. huhu
yg si suami nih smpai nk mntak balik ginjal tu, gila ke hape. haih. dunia.