Saturday, December 31, 2011

2012 | KEMUNGKINAN KAKA AKAN MASUK ISLAM ?


Salam sahabat semua, lama aku tak menulis di blog ni, bila ada kelapangan ni boleh la taip serba sedikit info yang nak aku kongikan bersama sahabat semua. Hari ni merupakan penghujung tahun 2011 dan kita akan menjengah tahun 2012 yang akan tiba beberapa jam lagi, pastinya 2011 meninggalkan peristiwa dan pengalaman pahit mahupun manis yang mungkin tidak dapat kita lupakan. Apa yang pasti semua itu akan menjadi sejarah dan tahun 2012 akan menjanjikan seribu satu cabaran dan pengalaman yang akan kita semua tempuhi. 



Entry ini sebenarnya aku nak kongsikan tentang kemungkinan pemain bola sepak tersohor dunia Kaka atau nama sebenarnya Ricardo Kaka yang bermain bersama kelab Real Madrid akan memeluk agama islam bersama isterinya. Menurut sumber, gambar ini diambil pada 26 Dis 2011 baru sangat lagi kan..

Berita ini disahihkan lagi dengan kehadiran mereka berdua di satu majlis ilmu tentang pengenalan agama islam di salah sebuah masjid di negara arab. Namun kepastian tentang kehadiran pemain ini ke masjid tersebut aku tak dapat nak pastikan samada benar untuk mendalami ilmu agama islam atau hanya sekadar datang melawat. Apapun aku harap Kaka akan memeluk agama islam. 

Apa best sangat kalau Kaka masuk islam ? jawapan aku ialah kerana beliau ialah ikon dalam bidangnya dan secara tidak langsung sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada mereka yang masih di 'luar'. Penerimaan secara positif atau negatif itu terpulang kepada individu tersebut. 

Wassalam.

sumber : azrijohan

1 comment:

[fArAh aLiAs] said...

mari join Segmen Pertama Farah Alias..! Need ur support!

http://coretanharapan.blogspot.com/2011/12/1st-segmen-by-farah-alias-lagu-pilihan.html