KEPUTUSAN PENUH MAHARAJA LAWAK MEGA (MLM) 2011 AKAN DITENTUKAN MALAM INI | BOBOI ATAU OSBON. Pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) sudah sampai ke kemuncaknya apabila pertandingan anjuran Astro itu akan mengumumkan satu daripada empat finalisnya iaitu Boboi, Osbon, Saehu atau Syok sebagai juaranya pada malam ini.
Berdasarkan ramalan ramai, sama ada Boboi yang dianggotai oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik dan Osbon (Mr. Os dan Abon) antara saingan terdekat bagi merangkul gelaran juara sekali gus membawa pulang wang tunai RM350,000 pada pertandingan itu.
Bagaimanapun menurut salah seorang pengkritik MLM, Datuk Chef Wan, perkara itu sukar diramalkan memandangkan setiap peserta harus menyerlahkan isi kandungan lawak yang bagus serta menyakinkan para juri dan penonton pada malam penentuan itu kelak.
“Ada kalanya isi kandungan lawak para peserta bagus dan ada masanya kurang menyerlah biarpun mereka mempunyai kekuatan yang tersendiri. Lawak adalah sesuatu yang ringan. Ia dibuktikan dengan ketawa para penonton. Jika mereka suka mereka akan ketawa,” ujarnya.
Selain Boboi dan Osbon, MLM turut akan disaingi oleh dua lagi kumpulan iaitu kumpulan SYOK yang dianggotai oleh Suhaimi, Ifa Raziah dan Arif Sudin dan Saehu (Eko, Bocil dan Vicha) bagi memberi saingan hebat kepada dua peserta pilihan dalam pertandingan lawak jenaka tersebut.
Siaran langsung MLM akhir akan berlangsung pada malam ini mulai pukul 9 malam di Stadium Malawati, Shah Alam di mana peringkat separuh akhir telah diadakan di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Johor pada 23 Disember yang lalu.
Selain Chef Wan, pengkritik MLM terdiri daripada Zainal Abidin Hassan, Datuk Siti Nurhaliza dan minggu lepas, juri jemputan ialah penyanyi, Ferhad di mana Osbon mendahului para peserta lain dengan memperoleh 72 markah, diikuti Boboi (72), Saehu (59), Syok (58) dan Pi Mai (49).
Daripada segi markah itu, saingan Boboi dan Osbon sangat sengit di mana hanya gimik tertentu yang mampu menarik perhatian para penonton serta juri sahaja yang mampu melonjakkan markah salah satu daripada dua peserta kegemaran ramai MLM itu.
“Namun, daripada dua kumpulan itu, Boboi paling banyak menampilkan gimik termasuklah publisiti di media-media massa terutamanya perkembangan mereka dalam bidang seni. Semua itu sedikit sebanyak membantu Boboi mencapai matlamat tersebut,” menurut satu sumber.
1 comment:
osbon terbaek
Post a Comment