Saturday, December 17, 2011

NASIB INTERLOK | INTERLOK DITARIK BALIK SEBAGAI BUKU TEKS RUJUKAN SASTERA (KOMSAS)


Salam sahabat, akhirnya novel interlok ditarik balik sebagai buku teks pembalajaran komsas di sekolah menegah (keputusan belum rasmi). Tak tahulah sebab apa buku ini ditarik balik, kerana sebelum ini bagi aku isu ini dah selesai selepas beberapa pindaan dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sejak novel ini dikontroversikan, aku cuba membacanya dan bagi aku tiada apa yang perlu dirisau dan dimalukan kerana ia adalah realiti tentang apa yang berlaku pada waktu sebelum negara ini merdeka. 

Interlok ini terbahagi kepada tiga cerita latar kaum  yang berbeza. Membicarakan tentang kaum melayu, cina dan india. Bagi aku novel tersebut ikhlas membicarakan tentang konflik, ego dan latar belakang setiap kaum secara lebih mudah difahami dan terbuka. Aku pernah membuat ulasan tentang keluarga Seman yang aku baca dan faham dari novel interlok ini..klik sini.

Apapun, keputusan dah dibuat, tanda Kerajaan benar-benar bertolak ansur dengan apa yang aku anggap desakan puak minoriti. Apabila pendidikan dicampur aduk dengan politik beginilah jadinya. Tetapi mungkin ada yang terfikir mengapa interlok ?? tak ada novel lain lagi ker ???

Mungkin interlok dipilih kerana adanya semangat setiakawan dan perpaduan antara ketiga-tiga kaum di Malaysia berlandaskan slogan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Kerajaan sekarang, tetapi jika ianya tidak memberikan keselesaan kepada sesetengah pihak ia satu tindakan wajar untuk menarik balik keputusan menjadikan novel ini sebagai teks rujukan sastera. Namun apa yang pasti duit rakyat sudah banyak dilaburkan untuk tujuan ini.

No comments: