Friday, December 2, 2011

SKIM SBPA GAJI BARU 2012. PENILAIAN MARKAH PENJAWAT AWAM


SKIM SBPA GAJI BARU 2012. PENILAIAN MARKAH PENJAWAT AWAM. Bagi sistem gaji SBPA yang baru ini, markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam. Secara kasar akan dinilai seperti berikut :



§  Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %

§  Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%

§  Markah 75 % – tiada kenaikan

§  Markah 70 % – disyorkan tamat perkhidmatan




Salam sahabat, amacam sistem penilaian bagi kenaikan gaji tahunan yang akan dilaksanakan di atas, baik atau sebaliknya. Bagi aku ia ada pro dan kontranya. Jadi aku ucapkan selamat maju jaya dalam menjalankan tugas untuk mencapai penilaian tahap tertinggi. Tetapi penilainya adalah manusia yang tidak akan lari daripada sifat semulajadi manusia itu sendiri. Faham-faham sendiri lah yer akan ada yang akan mengalami tahap yang tiada kenaikan dan dinasihatkan berhenti dalam skim ini 

Ada mereka yang memberi komen, selepas ini akan ramai wujud mat bodek dan minah bodek yang akan memenangi hati penilai masing-masing. Tapi kita juga perlu ingat mungkin telah dibuat kajian spesifik dan cara-cara yang adil akan dilaksakana, just wait and see ok. .

Pada pendapat aku, sistem seumpama ini (key performance indicator) a.k.a KPI hanya sesuai dilaksanakan untuk penetapan bonus tahunan seseorang pekerja, seperti sebuah syarikat tempat aku pernah bekerja dahulu. Jika dirasakan kurang komitmen dan prestasinya, maka bonus yang diterima adalah kurang sedikit daripada mereka yang cemerlang.  

Aku harap tiada yang berasa teraniya dengan sistem ini (tunggu pelaksanaannya) dan jika ada, maka ingatlah rezeki dan ajal adalah ketentuan tuhan dan bukan ditangan makhluk ciptaannya. Maka berbakti dan berusahalah dengan hati yang penuh ikhlas insyaallah  anda semua sentiasa diberkati.

Wassalam.

pembetulan : mereka yang terlibat dalam penilaian di atas hanya dari kumpulan pengurusan tinggi sahaja, golongan i, premier ii, dan jusa iii.

2 comments:

MARIA LIZA said...

risau juga..buatnya bos tak suka mau naya....

caliph shuriken said...

apa2 saja bole berlaku kn...