Monday, January 16, 2012

BR1M | DULU RESPEK SEKARANG DAH....HMMMMM !!!!!


Salam sahabat, dua hari asyik layan live streaming dan keputusan penuh, bola Liga Super, BPL hinggalah ke badminton Terbuka Malaysia. Jadi wartawan sukan jap sibuk mengulas setiap game. Harap sesiapa yang baca tu boleh terima la ulasan wartawan sukan yang tak bertauliah ni. Apapun tahniah pada Dato' Lee Chong Wei kerana berjaya merangkul gelaran terbuka malaysia yang kelapan menyamai rekod yang dipegang salah seorang pemain badminton malaysia, nama aku lupa....Mungkin tahun depan pecah la rekod tu. Tutup kejap cerita pasal sukan, ni nak cerita sikit pasal Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ni..

Jam lapan semalam macam biasa la layan berita Buletin Utama, tengok happy sungguh makcik-makcik dan pakcik-pakcik terima duit BR1M yang mula diagihkan kepada mereka yang layak. Tengok paper hari ni pun sama jugak..hmmm.  Mengikut apa yang diberitahu dalam berita tersebut setakat ini 50% permohonan yang berjaya menerima BR1M akan dibayar mulai semalam 15 Jan 2012 sehingga sabtu depan. Alhamdulillah boleh la buat belanja sikit kan. Yang cina untuk perayaan tahun baru cina dan yang india untuk perayaan ponggalnya. Orang melayu macam biasa laaa buat belanja anak sekolah.

Langkah Kerajaan untuk membantu rakyat ini memang wajib dipuji. Namun apa yang aku rasa tak berapa kena dengan pemberian ini ialah proses pemberiaannya macam duit itu seolah-olah daripada parti politik. Aku ni daif dalam bab sumber pendapatan  kerajaan ni, pasal perbendaharaan ni aku tak tahu sangat. Tetapi jika kita kembali kepada basic pendapatan sesebuah kerajaan persekutuan,  salah satunya adalah berpunca daripada hasil yang dikutip dan ditagih oleh seluruh rakyat yang layak untuk ditagih cukai daripadanya, dan tidak terkecuali juga setiap kerajaan negeri yang perlu membayar cukai kepada kerajaan persekutuan. Tuntasnya Apa yang ingin diperjelaskan disini wang tersebut datangnya dari seluruh rakyat dan sudah semestinya ia bukan datang daripada sebelah 'pihak' sahaja.

Oleh yang sedemikian penyaluran atau proses pemberian wang BR1M ini tidak harus jadi medan untuk berpolitik. Banyak cara kerajaan boleh salurkan bantuan tersebut, Salurlah sepertimana rakyat menuntut pembayaran RM500.00 ke atas pembayaran cukai bermotor suatu masa dahulu melalui pejabat pos. Itu salah satu cara dan aku percaya banyak lagi cara yang boleh difikirkan oleh pakar-pakar bijak pandai dalam kerajaan. Mungkin ada yang tak bersetuju dengan aku tapi niat aku nak melihat kerajaan yang ada sekarang lebih disegani dan dihormati itu sahaja. Jika cara ini mereka  rasakan betul terpulang, ini hanya pendapat dan pandangan aku.

Wassalam

No comments: