Monday, January 16, 2012

LIVE STREAMING KELANTAN VS JOHOR FC 17 JAN 2012 | KELANTAN VS JOHOR FC 17 JAN 2012 LIGA SUPER 2012


LIVE STREAMING KELANTAN VS JOHOR FC 17 JAN 2012 | KELANTAN VS JOHOR FC 17 JAN 2012 LIGA SUPER 2012. Setelah menewaskan Lions XII dan seri dengan PKNS FC, Kelantan akan meneruskan saingan Liga Super dengan melayani kunjungan pasukan Johor FC pada Selasa, 17 Januari di Stadium Sultan Muhammad ke IV. Kelantan yang dikritik hebat oleh peminat kerana prestasi hambar ketika diikat 1-1 oleh PKNS dijangka akan menghadapi tentangan yang sengit daripada Johor FC.

Rekod pertemuan kedua-dua pasukan dalam 6 perlawanan Liga Super dari musim 2009-2011 jelas berpihak kepada Kelantan  berbanding Johor FC dengan Kelantan memenangi 4 perlawanan terakhir. Namun Johor FC musim 2012 adalah pasukan yang jauh berbeza dengan musim-musim sebelumnya apabila mereka diperkuatkan dengan jurulatih terkemuka, K.Devan serta 11 orang pemain baru.

Johor FC membawa masuk Fauzi Saari dan Shafizan Hashim dari Kedah, serta Azi Shahril, Khaironnisam, Syazwan Zainon dan Zamri Chin dari Felda United, Zamir Selamat dari Harimau Muda dan beberapa pemain lain. Peter Butler pula berkemungkinan akan menurunkan barisan terkuatnya bagi mengembalikan keyakinan peminat dan meraih 3 mata penuh dihalaman sendiri setelah keciciran 2 mata pada perlawanan sebelum ini. K.Devan juga pasti tidak mahu dengan tangan kosong dan berdasarkan persembahan terakhir Kelantan, dia yakin Johor FC akan mendapat 'sesuatu' dari perlawanan di Kota Bharu.


LIVE STREAMING KELANTAN VS JOHOR FC 17 JAN 2012 | KELANTAN VS JOHOR FC 17 JAN 2012 LIGA SUPER 2012
>>>>>LINK 1<<<<<
PILIH GEGAR FM DAN KLIK SALURAN 2 (AUDIO)


No comments: