Monday, September 24, 2012

BAJET 2013 | 6 TUNTUTAN CUEPACS | BELANJAWAN 2013

 
BAJET 2013 | 6 TUNTUTAN CUEPACS | BELANJAWAN 2013.| Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menuntut enam (6) perkara dalam pembentangan Bajet 2013 nanti. Pembentangan Bajet (Belanjawan) 2013 dijangka akan diumumkan pada 28 September 2012 ini.
 
Berikut antara 6 tuntutan Cuepacs :
  1. Kerajaan harus mewajibkan pemaju membina 35 peratus rumah mampu milik bernilai antara RM60,000 hingga RM150,000. Ia bagi memastikan lebih ramai rakyat termasuk kakitangan awam dapat membeli rumah di kawasan bandar kerana jika jarak pergi balik dari kediaman ke tempat kerja lebih 100 kilometer, ia tidak relevan dan tidak praktikal.
  2.  
  3. Pemberian bonus dua bulan gaji.
  4.  
  5. Menyambung kontrak lebih 45,000 kakitangan awam yang akan tamat pada 31 Disember ini.
  6.  
  7. Mengkaji semula imbuhan tetap perumahan. Cuepacs juga menggesa kerajaan agar mengkaji imbuhan tetap perumahan serta inisiatif kakitangan awam di Sabah dan Sarawak yang disifatkan sudah tidak relevan.
  8.  
  9. Mewujudkan semula Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di peringkat Persekutuan.
  10.  
  11. Penambahbaikan sistem perkhidmatan sekarang berikutan pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) baru-baru ini.
Jaminan CUEPACS sekiranya tuntutan tersebut diterima kerajaan, Presidennya, Omar Osman memberitahu, pihaknya mencadangkan supaya kakitangan awam bekerja lebih masa 30 minit setiap hari iaitu masuk ke pejabat 15 minit lebih awal dan pulang 15 minit lewat daripada biasa.
 
“Jika kerajaan terima 70 peratus daripada enam tuntutan itu, kita akan bawa cadangan ini kepada Ketua Setiausaha Negara agar dapat dilaksanakan. Saya yakin semua kakitangan awam akan bersetuju dengan cadangan tersebut sekiranya Perdana Menteri menerimanya,” katanya.SUMBER
 
p/s aku tersenyum bila membaca cadangan CUEPACS  apabila cadangan ini dipenuhi oleh kerajaan..apa punya cadangan laaa datang awal pulang lewat....bagilah cadangan yang bernas sikit...jika CUEPACS dapat membuktikan faktor datang awal dan balik lewat ni dapat tinggkatkan apa yang masih belum ditingkatkan aku setuju laaa...tp bagi aku tak sampai kemana pun cadangan macam ni.

5 comments:

Unknown said...

PART YG NO.4 TU BUI SANGAT2 SETUJU..^_^

Guru Besar said...

Mohon share di blog saya ya tuan tanah.

akubiomed said...

Setuju dengan permintaan Cuepacs untuk mengadakan kuota setiap pembinaan rumah ada peruntukan untuk rumah kos rendah.

caliph shuriken said...

yup, seperti kt p/s tu.. aisey, bernas laa sikit cadangan tu kn...

Unknown said...

Ok apa cadangan 2....apesal x ok?