Showing posts with label KEKURANGAN DAN KEBURUKAN SKIM SARA kekurangan SBPA. Show all posts
Showing posts with label KEKURANGAN DAN KEBURUKAN SKIM SARA kekurangan SBPA. Show all posts

Sunday, December 25, 2011

LIMA TUNTUTAN CEUPACS TENTANG SBPA SELESAI | CUEPACS LEGA 5 ISU BERBANGKIT SBPA 2012 SELESAI


CUEPACS LEGA 5 ISU BERBANGKIT SBPA 2012 SELESAI | CUEPACS lega apabila lima isu berbangkit membabitkan hak perundingan bersama, isu penyelarasan gaji dan dasar pemisah atau exit policy dan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) berjaya diselesaikan dalam satu perundingan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kelmarin.
Sehubungan itu, JPA akan memberi taklimat khas secara menyeluruh kepada CUEPACS, Selasa ini yang dijangka disampaikan Ketua Pengarahnya, Tan Sri Abu Bakar Abdullah di Putrajaya kepada Majlis Kongres CUEPACS dan ketiga-tiga Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) di bawah JPA yang akan membabitkan penyertaan 140 wakil jabatan.
Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata pertemuan yang mengambil masa empat jam kelmarin berjalan dalam suasana mesra dan JPA memahami hasrat CUEPACS yang mewakili kepentingan 1.4 juta penjawat awam khususnya berkaitan opsyen SBPA yang sebelum ini ditetapkan sehingga 31 Disember ini.

Katanya, perjumpaan itu diadakan bagi memberi penjelasan berikutan ada beberapa kekeliruan terhadap SBPA yang berbeza maklumat serta taklimat di antara JPA dan CUEPACS kepada kakitangan awam.Beliau berkata, pada pertemuan itu, CUEPACS gembira apabila JPA juga bersetuju membuat semakan semula terhadap 250,000 kakitangan awam dalam kumpulan gred 17 yang tidak berubah.
“CUEPACS dengan JPA tidak ada perbalahan cuma kita kesal kerana ketika proses menyediakan SBPA, CUEPACS tidak dijemput bersama untuk memberi pandangan. Namun, kita lega semuanya dapat diselesaikan dengan baik termasuk semakan segera kakitangan awam kumpulan gred 17 seperti di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen membabitkan pembantu tadbir dan perkeranian yang gred mereka tidak berubah,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Persidangan Perwakilan Tri Tahunan ke-24 Kesatuan Kebangsaan Kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (ANULAE) Semenanjung Malaysia yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said di sini, semalam.
Omar berkata, taklimat Abu Bakar itu dijangka menyelesaikan segala kekusutan yang berbangkit sebelum ini dan diharap ketua jabatan tidak menekan kakitangannya supaya menandatangani segera borang opsyen SPBA. Bagaimanapun, beliau mengulangi pendirian CUEPACS menolak sebarang pengambilan orang luar yang bukan dalam perkhidmatan awam berkhidmat dalam sektor berkenaan.
“Kita tetap membantah polisi ini kerana kita hanya mahu orang dalam perkhidmatan awam saja mengisi jawatan tertinggi dalam sektor awam,” katanya. SUMBER

Friday, October 14, 2011

KEKURANGAN DAN KEBURUKAN SKIM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) | KEBURUKAN MEMILIH OPSYEN SBPA

KEKURANGAN DAN KEBURUKAN SKIM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) | Salam to all my friend, setakat ni yang aku bold merah tu jer laaa yang aku nampak kekurangan skim ni....berkaitan umur persaraan wajib tu. tapi bagi kerajaan ianya baik kerana boleh cut cost untuk bayaran pencen dan ganjaran. yang lain tu boleh dikatakan baik. Apapun tidak ada sistem di dunia ni sempurna dan dapat memuaskan hati semua orang...terimalah seadanya.



Bagi penjawat awam yang menerima opsyen sistem saraan baru perkhidmatan awam (SBPA) juga akan menerima kenaikan gaji tahunan antara RM 80 hingga RM 320 dan faedah kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus.  Kerajaan juga mengumumkan untuk melanjutkan usia persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun.