Monday, May 16, 2011

"kalau tidak mahu bendera di bakar, jangan bakar semangat kami"


Ini kali kedua buat entry pasal bola sepak yang melibatkan pasukan bola sepak kelantan, sebab malam ni mereka akan turun menentang Selangor untuk second leg FA Cup, entry pertama juga melibatkan pasukan The Red Worrior (TRW) menentang Selangor. kali ni tergerak hati pulak nak komen pasal bola sepak tempatan ni. Dalam kita sibuk memperkatakan tentang kancah bola sepak antarabangsa khususnya liga perdana england (BPL). Di Malaysia saingan piala FA sudah menghampiri penghujungnya. dan saingan Liga super juga dah masuk saingan kedua.

Apa yang nak saya nyatakan ialah betapa kecewanya saya apabila melihat bendera negeri kelantan dibakar oleh segelintir penyokong pasukan lawan. Tahukah kita bendera merupakan lambang kedaulatan dan maruah sesebuah negara dan negeri. Jadi ia tidak sepatutnya diperlakukan sedemikian. apatah lagi kejadian bakar tersebut hanya disebabkan ketidakpuasan hati dalam sukan bola sepak.

Saya berharap kepada seluruh penyokong bola sepak Malaysia, dalam kita ghairah  menyokong pasukan pilihan kita, dalam masa yang sama  perlulah juga kita menunjukkan bentuk sokongan yang berkualiti dan tahap mentaliti kelas pertama sebelum mutu dan taraf permainan bola sepak di negara kita ini  dianggkat sebaris dengan mutu bola sepak di negara luar.

Jadi apa yang diungkapkan "kalau tidak mahu bendera di bakar, jangan bakar semangat kami" bagi saya satu ungkapan yang tidak sewajarnya dikeluarkan.

5 comments:

tieykah said...

yup!btw gudlux for both team.:)

Unknown said...

ish. kenapa sampai nk bakar bendera. ghairah sgt sehingga membakar bendera.

adwafarahin said...

x perlu smpai bakar2 bendera
cetek sungguh pemikiran
jgn fanatik sgt smpai jd cmnie

Izyan Masri said...

HAISH.SUKAN UNTUK ERATKAN UKHWAH.YANG NI DOK KALUT GADUH SANA SINI BUKAN BERTAMBAH ERAT,MAKIN ROSAK HUBUNGAN SESAMA RAKYAT NAAA :D

Abu Bagi said...

main bakar bakar bndera?.. ni msti dilakukan olh orng2 yg tongok..