"kami boleh menghantar beliau ke negara anda buat seketika, tetapi tidak boleh lama kerana kami masih perlukan beliau " ..." beliau tidak boleh dipindah milik dan tiada yuran perpindahan untuk beliau" - itulah kata-kata berseloroh PM kita semasa majlis penutup Langkawi International Dialogue (LID) di Putrajaya semalam.. siapakah beliau yang dimaksudkan? beliau ialah Datuk Seri Idris Jala CEO PEMANDU. Apabila seorang PM mengeluarkan kenyataan sedemikian saya terfikir betapa hebatnya insan yang bernama Idris Jala ini, dan saya akui memang beliau pakar dalam bidang ekonomi sehingga negara Afrika ingin meminjamnya untuk merangka satu pelan transformasi ekonomi di negaranya.
Hari ini Kerajaan kita banyak memperkenalkan pelan-pelan yang berkaitan ekonomi terutamanya program transformasi ekonomi (ETP) hasil cetusan beliau di bawah PEMANDU. dalam duk sibuk kerajaan merialisasikan objektif program tersebut adakah rakyat atau kita semua mengambil tahu tentang ilmu ekonomi, bagi saya ilmu ekonomi sangat rapat dalam kehidupan kita seharian dan kita serba sedikit perlu tahu tentang asas ekonomi dan bagaimana sesebuah model ekonomi itu boleh menentukan hala tuju sesebuah negara.
Entry-entry saya sebelum ini banyak menyentuh tentang perkara-perkara yang berkaitan ekonomi dan hari ini saya nak kongsikan satu website yang sangat bagus menceritakan tentang ekonomi pasaran bebas dan indeks terkini negara kita , sedikit sebanyak kita boleh belajar secara asasnya tentang perkara tersebut. harap kawan-kawan bacalah tentang indikator - indikator yang dibentuk dan nilaikanlah...walaupun sistem ini tidak berapa selari dengan sistem ekonomi islam tetapi tidak rugi untuk kita mengetahuinya.
Saya bukanlah pakar dalam bab ekonomi tetapi adalah sedikit ilmu hasil tiga tahun belajar dalam bidang ini dahulu dan sekarang pun masih rapat dengan bidang ini..Kerana sambil kita berblog tidak ruginya kita melontarkan pendapat dan pandangan yang bermanafaat untuk kebaikan kita bersama.
p/s jangan lupa klik link tu yer amat bermanfaat......
16 comments:
owh,tetibe tringat sbjek ekonomi..
adehh website tuh pakai bahasa inggeris ekonomi plak..aku dahla x berapa pandai ekonomi n bi neh..
nusha ; ekonomi bestkan...
tq
syuxer : just for your info jer bro....term yg dia guna pun simple2biasa kita dengar...tq
bangga nya dengar org afrika nk guna khidmat org negara kita utk rangka ekonomi diorang :)
saya jadi mabuk bace subjek ekonomi version english huhuhu
anta dia ni ke... kah kah kah kah...abis dia jala ekonomi afrika nnt...kah kah kah
idris jala ni pun bgus jugak..dia la yg nasihat pasal hutang klau tk thn 2018 mlaysia bnkrap..mengelabah umno kejap..kih kih
tp aku msih percayakn pakar ekonomi yg brnama anwar ibrahim..
adwa : betul tu...
JG : mabuk membaca takper...;)
arul : DSAI bg aku di bukan pakar dlm ekonomi, beliau adalah seorang pemimpin dan pemidato yg hebat..dan bijak menggunakan fakta2 berkaitan ekonomi utk mengukuhkan lagi hujahnya berdasarkan kajian dan hipotesis yang dilakukan oleh mereka yang pakar dibelakangnya. sebab tu buku jingga tidak diperdebatkan secara terbuka.
wah..otai nya korang pasal ekonomi ni..bui terus pening2..hehehe
itu gak yg aku nampak skang
mcm2 program jalan...
rupanya idris jala ni tulang belakang
bui : tak otai pun hhuhhuhu...
roza : nampaknya mcm tulah...orang kepercayaan PM
btul bro..dulu debat pasal hrga minyk naik anwar ngan sbry cik,anwwar dah ckp dah..ada kemungkinan hrga minyk akan turun..tp sbry ia2 perthnkan..akhirnya hrga minyk lepas tu btul2 turun2..anwar buat kajian dulu nk berdebat..bukan main hentam je.mcm prof,kangkung..kih kih kih
rasa macam tak percaya pula awal2 dulu bila dapat tahu Idris Jala ni non-muslim...betulkan bro?....dia ni orang sarawak asal dari Bario...suku kaum apa (lupa dah)...tapi ilmu ekonomi dia hebat...sampai MAS yang rugi pun dah on-track balik bila dia jaga...
Skrg ni dia tumpu untuk menguntungkan kembali GLC...biasa le orang pakar ekonomi ni mesti 'kedekut' sikit...
macam tu la jika kita seorng yg berilmu..
btw thanks share link kat ats tu..:)
hebak!!
n tengkiu ore kito..
=D
ARUL : setuju...mereka takut berdebat sbd apa yg dibuat byk yg kurang betul....tp ada juga yg betul...;)
khairil ; beliau orang ulu...dari bario kapit...sy dah sampai sana, kadang2 tak sangka dari kawasan tersebut boleh ada orang hebat sepertinya. ekonomi itu kedekut sebenarnya...tgk naik kenderaan awam...kalau kelas ekonomi mesti yg paling low.huhuhuu
abu : setuju...orang berilmu campak di mana2 pun akan ada sumbangannya...cam kata orang tua2 campak dilaut akan menjadi pulau. kalau ada ilmu agama lagi la....
KK : terima kasih....;)
Post a Comment