Wednesday, August 10, 2011

Entry renungan | Fasa kedua Ramadhan, fasa keampunan.


Assalamualaikum dan salam sejahtera, sedar tak sedar kita dah hampir mengakhiri fasa pertama bulan Ramadhan, amacam rasa-rasa ada perubahan tak dalam rutin harian hidup kita...atau sama jer..cuma tahan lapar dan dahaga jer. Kalau ada yang rasa macam aku nyatakan tu, masih belum terlewat lagi untuk kita bersama-sama mengejar kelebihan yang ada di bulan ni...Jadi di kesempatan ini aku nak terangkan sikit apa yang tersirat dalam fasa kedua bulan Ramadhan ni ataupun sepuluh hari kedua bulan Ramadhan. 

Dalam fasa kedua ni, adalah fasa keampunan, Allah SWT banyak memberikan maghfirah atau keampunan ke atas hamba-hambanya. Bagi aku inilah saat yang tepat untuk kita meminta ampun atas dosa-dosa kita yang lalu sama ada yang kita sedar ataupun yang kita tak sedar, biasanya banyak yang kita tak sedar...Jadi jom kita  memperbanyakkan zikir dan berdoa agar dikesempatan yang masih ada ini kita gunakan dengan sebaik-baiknya kut-kut tahun depan dah tak merasa Ramadhan dah..

6 comments:

Freaky said...

sama-sama kita berdoa agar diampunkan segala dosa dan kesalahan yang telah kita lakukan

SoLy SoLicious said...

perbanyakkan amalan seolah-olah ini ramadhan terakhir kita :)

Bui Junaidi said...

semoga Allah menerima amalan kita semua..amin..byk sungguh dosa2 bui..huhuhu

Shahir said...

setahu saya, hadis yang menceritakan tiga fasa dalam bulan ramadhan itu hadis dhaif. ada juga ulamak yang mengatakan ianya adalah hadis munkar.

setiap hari dalam bulan ramadhan, rahmah,maghfirah dan lain2 adalah sama. tidak ada lebih atau kurang dalam mana2 fasa ramadhan.

Allahu A'lam :)

Khairil said...

semoga dalam ramadhan tahun ini kita mendapat yang lebih baik dari tahun yang lalu...amin...

wrizuan.net said...

mudah-mudahan apa yg dilakuakn oleh kita akan mendapati pengampunan dr-NYA