Monday, September 12, 2011

Harga kad top up naik 6% | di TANGGUHKAN!!!!!!!!


Salam to all dan selamat pagi. Hari ni Kuching awal-awal lagi dah hujan lebat dan aku rasa sama keadaannya di kebanyakan tempat di Malaysia. Perlis pun dengar khabar dah seratus orang dipindahkan, harap semuanya selamat. Pagi ini aku ada berita baik, alhamdulillah cukai perkhidmatan 6 peratus yang ingin dikenakan ke atas perkhidmatan kad top up dan starter pack baharu tidak akan dilaksanakan. Aku dah agak dah keputusan ini akan berlaku, tetapi apa yang agak menghairankan aku adakah benar kerajaan melalui SKMM tidak langsung terlibat dengan perbincangan bagi keputuan sebelum ini, hanya tuhan je yang tahu, 

Apa pun inilah kesannya jika kita sebagai pengguna bersama-sama bangun untuk memprotes keputusan yang ingin di buat terutamanya berkaitan cukai yang ingin dikenakan, banyak cara kita boleh protes dan menyampaikan mesej kepada kerajaan terutamanya melalui facebook, blog dan dll media. Jika kita hanya diam dan menerima apa jua keputusan yang dibuat jadilah kita seperti pak pandir yang  lurus bendul. Mereka iaitu kerajaan memantau keadaan ini sebenarnya, oleh itu  terima kasih kerajaan kerana menangguhkan keputusan yang dibuat oleh syarikat telco terbabit. Berita berkaitan hal ini seperti di bawah ini.

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan memberi jaminan caj cukai perkhidmatan enam peratus kepada pengguna perkhidmatan mudah alih prabayar tidak akan dilaksana selagi belum ada keputusan kerajaan.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata syarikat telekomunikasi (telco) perlu berbincang dan mendapat persetujuan kerajaan terlebih sebelum melaksanakan tindakan tersebut.

"Kementerian memberi jaminan bahawa tiada kenaikan akan berlaku pada masa terdekat ini, dan sebarang kenaikan hanya boleh dilakukan selepas mendapat persetujuan dari kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia," katanya pada sidang media, di Petaling Jaya, malam tadi.

D'Cruz yang ditemui selepas majlis Malam Kebudayaan Onam 2011, diminta mengulas mengenai keputusan telco pada 8 Sept lepas untuk mengenakan caj tersebut bagi produk tambah nilai dan pek permulaan bermula Khamis ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan juga tidak terbabit langsung dengan keputusan telco tersebut.

D'Cruz turut menegaskan tindakan telco yang mengeluarkan notis singkat berhubung isu yang boleh membebankan pengguna sebagai tidak wajar.

20 comments:

Hafizin Jamil said...

macam2..entah la..pening dah aku tengok malaysia skang ni..hehe

kotak bulat said...

tu gunanya kebebasan kita bersuara kan.. :)

arituarini said...

oo ye ke.. kesian kerajaan...diaorg ni membelakangkn kerajaan je bila nk buat keputusan.. kih kih kih

Unknown said...

nasib baek pun pakai bil..hehe..

ha,ah lah harraz..dekat sini pun hujan lebat..nk buat entry pun takder idea..tp nk bagi komen byk pulak ideanya..isk..isk...*_*

Hafizin Jamil said...

shoutbox tak dop boh..buwe doh..haha..

Unknown said...

wah maknanya tak jadi naik yer..bagus lah tu..senang hati org yg selalu topup mcm jijah ni..hehe

alyrds said...

kalau betul kan bagus...jgn jadik cam AStolo..... tetap cas!

Abu Bagi said...

oh bagusla kalau mcm tu hahaha

a loqman said...

salkam..kerajaan jangan bagi muka pada mereka ni

Anak Wak Mail said...

eloklah kalau tak jadi..selamat duit aku..hihi..:)

Unknown said...

dia kat ditangguhkan...jadi suatu hari nanti mesti kena punya..bila tu?...

Karya Hati said...

tunggu jela ape nnti...huhuhu

mohdhazlan Dreadlock said...

trm kasih kerajaan ")

Unknown said...

tangguh tu tanda macam nak naik je? kenapa tak sebut batal je, kalau tangguh mesti akan laksana dan tak tau bila.

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

mintak mintak le tak jadi naik . hee

:)

Ninie said...

So betul la x jadi naik...mnujur sangat!!! Dh follow kamu...sudi2 la follow kiter juga ya! Nice family picture kt sidebar tu!!!!

ctk said...

yes yes yes ! itu baru tangguh. lau xjadi yes yes yes yes yes yes yes yes...hahaha...melampau

caliph shuriken said...

selamat utk sementara wktu, huh...

syuxer said...

tangguh je bro..last2 dilaksanakan gak..bukan dilupuskan terus..itu bermakna cukai ini akan berjalan gak tapi tak tau bila..

takkan la syarikat telco tuh berani plak naik suka2 hati smpai PM pun tarak tau..huhu pelik betul..

apapun alhamdulillah, kerajaan bingkas mengambil keputusan untuk meredakan kemarahan rakyat buat seketika..

wallpaper2free said...

tangguh jer......:)