Bukan itu yang aku nak citer sebab semua orang dah tahu tentang keputusan tu, aku hanya nak kongsikan rasa sangat terharu bila lagu negeri Kelantan "selamat Sultan " dimainkan sebelum bermulanya perlawanan siaran langsung tadi. Walaupun aku lahir dan hanya habiskan masa di Kelantan hanya kurang daripada empat tahun dan selebihnya di Melaka, Penang, Selangor, KL dan sekarang di Sarawak tetapi aku dapat rasakan jiwa aku memang di sana..ditambah pula insan-insan tersayang ada di sana.
Ada dikalangan orang Kelantan malu nak mengaku Kelantan dan tak mahu balik ke Kelantan ..alasan yang biasa aku dgr katanya tak maju dan tiada apa-apa disana...mungkin mereka ada alasan tersendiri untuk berkata demikian, dan kita perlu hormati pendapat itu. Takper laaah biarlah orang macam aku ni yang akan pulang ke sana habiskan sisa-sisa hidup...kerana itulah tempat tumpahnya darahku dan yang paling bermakna Kelantan dalam Malaysia.
p/s : hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri lebih baik di negeri sendiri...
8 comments:
klau de org klantn ckp mcm tu..buat malu org kelntan je bro..xptt ckp mcm tu..maju mana sgt negeri org ni..negeri sendri jugak yg best..tu la tmpat kita belajar menlangkah dan bermain masa kecik2 dlu..
tak patut kata mcm tu kat negeri sendiri...malah kat mana2 negeri pun...
paling best.. "Daulat Tuanku" tidak digunakan..diganti dengan "Allahhuakbar" alasannya...agar rakyatnya mendapat pahala dengan menyebut 'Allahuakbar"
jgn sampai gadoh udah lae
orang kelantan kuat merantau..betul ke?
kelantan aada d mana2 :D
terengganu is ganung..saya org ganung..ngeh ngeh.. :)
abg suara : memang terbaik...;)
Post a Comment