Saturday, October 15, 2011

"selamat sultan" | Kelantan is klate......



Salam semua kawan-kawan, Akhirnya Kelantan gagal... itulah sahaja yang termampu untuk musim ini, apapun semuanya memang terbaik bagi aku mungkin nasib tidak menyebelahi...apapun tahniah kepada Terengganu semoga jadi juara tahun ni..aku sokong Terengganu lepas ni kerana negeri tersebut  banyak mencorakkan zaman kanak-kanak aku...dari lahir sampai laa berumur 12 tahun..

Bukan itu yang aku nak citer sebab semua orang dah tahu tentang keputusan tu, aku hanya nak kongsikan rasa sangat terharu bila lagu negeri Kelantan "selamat Sultan " dimainkan sebelum bermulanya perlawanan siaran langsung tadi. Walaupun aku lahir dan hanya habiskan masa di Kelantan hanya kurang daripada empat tahun dan selebihnya di Melaka, Penang, Selangor, KL dan sekarang di Sarawak tetapi aku dapat rasakan jiwa aku memang di sana..ditambah pula insan-insan tersayang ada di sana.

Ada dikalangan orang Kelantan malu nak mengaku Kelantan dan tak mahu balik  ke Kelantan ..alasan yang biasa aku dgr katanya tak maju dan tiada apa-apa disana...mungkin mereka ada alasan tersendiri untuk berkata demikian, dan kita perlu hormati pendapat itu. Takper laaah biarlah orang macam aku ni yang akan pulang ke sana habiskan sisa-sisa hidup...kerana itulah tempat tumpahnya darahku dan yang  paling bermakna Kelantan dalam Malaysia.

p/s : hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri lebih baik di negeri sendiri...

8 comments:

arituarini said...

klau de org klantn ckp mcm tu..buat malu org kelntan je bro..xptt ckp mcm tu..maju mana sgt negeri org ni..negeri sendri jugak yg best..tu la tmpat kita belajar menlangkah dan bermain masa kecik2 dlu..

Unknown said...

tak patut kata mcm tu kat negeri sendiri...malah kat mana2 negeri pun...

Suarapeople Dot Com said...

paling best.. "Daulat Tuanku" tidak digunakan..diganti dengan "Allahhuakbar" alasannya...agar rakyatnya mendapat pahala dengan menyebut 'Allahuakbar"

Unknown said...

jgn sampai gadoh udah lae

Unknown said...

orang kelantan kuat merantau..betul ke?

amranaiman said...

kelantan aada d mana2 :D

rafina mimi abdullah said...

terengganu is ganung..saya org ganung..ngeh ngeh.. :)

harrazdani said...

abg suara : memang terbaik...;)