Monday, October 10, 2011

SKIM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) | BAJET 2012





INFO TERKINI BERKAITAN KENAIKAN GAJI BARU SBPA KLIK SINI

                 Bantuan Rakyat RM500 diagihkan mulai JAN 2012 (TERKINI!!!!!)

SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM  (SBPA) | Pembentangan bajet 2012 yang dibuat oleh Perdana Menteri pada kelmarin nampaknya merangkumi semua golongan rakyat. Ramai yang menyatakan kepuasan hati mereka  terhadap bajet yang dibentangkan kelmarin. Bagi kakitangan kerajaan satu sistem baru bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia(SSM) yang digunakan sekarang dan dinamakan sebagai Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam ( SBPA).

Dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ini banyak perubahan yang akan dilakukan dalam pengambilan dan pengisian jawatan  serta pembangunan kerjaya penjawat awam dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan berasaskan prestasi kerja. Antara lain yang terkandung dalam sistem saraan baru Perkhidmatan Awam (SBPA) termasuk mewujudkan dasar pemisah bagi penjawat awam berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan jawatan.

Dalam sistem saraan baru perkhidmatan awam (SBPA), pembentukan gaji sebaris digunakan dengan diwujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lama selain gaji maksimum bagi gred yang lebih tinggi. Mengenai pembentukan gaji sebaris ini belum dapat kita lihat contoh lagi, mungkin bulan hadapan akan dikeluarkan secara terperinci bagaimana yang dikatakan gaji sebaris ini.

Bagi penjawat awam yang menerima opsyen sistem saraan baru perkhidmatan awam (SBPA) juga akan menerima kenaikan gaji tahunan antara RM 80 hingga RM 320 dan faedah kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus.  Kerajaan juga mengumumkan untuk melanjutkan usia persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun.

Apa yang lebih menarik lagi dalam sistem saraan baru perkhidmatan awam (SBPA) adalah bagi golongan dalam kumpulan guru atau gred gaji DG yang mana tempoh bagi kenaikan gred antara DG 41 ke DG 44 dan DG 44 ke DG 48 telah dikurangkan kepada 8 tahun sahaja. Jika sebelum ini mereka terpaksa menunggu selama 10 tahun untuk kenaikan gred dalam jawatan perguruan ini.

Kerajaan juga mengumumkan bonus setengah bulan gaji bagi semua penjawat awam dan akan dibayar bersama gaji bulan disember 2011.

sumber : anakdunia

12 comments:

gnesop.com said...

sistem yang agak menarik.. :)

Putri said...

yang lain ok..cuma usia persaraan tu je yg kurang ok skit..agak2 cikgu-cikgu yang berusia 59 tahun boleh lagi ke panjat tanga nak ke kelas tingkat 3. fikir-fikirkan la..

tunz said...

tingkatkan prestasi!!!

simanis said...

semoga cikgu2 yg memilih untuk bekerja sehingga usia mereka mencecah 60 itu, tidak nyanyuk!

Unknown said...

alhamdulillah..walaupun tak byk atleast ada jugak kenaikan..*_*

zmavix said...

bayangkan kalau pols umur 60tahun meronda....

hafizphilip said...

sebagai guru saya amat bersyukur dengan sistem baru ini. ini menunjukkan bahawa kerajaan amat prihatin dengan tugas pendidik. tapi bagi melanjutkan usia bersara ke usia 60 tahun, pada pendapat saya tidak bersesuaian.mungkin bagi penjawat awam lain ianya diaanggap releven tetapi sebagai tugas pendidik yang memerlukan kegunaan fizikal agak tidak bersesuaian, pada usia 59tahun terutama guru wanita yang dikehendaki berjemur tengah panas ketika hari sukan, memanjat tangga ke kelas, menjalankan aktiviti ko kurikulum seperti mengajar kawat, bersukan, permainan, olahraga ianya agak berat untuk dilaksanakan. renung-renungkan lah

Anonymous said...

walau apa pun sekim. hendaklah telus supaya dapat kakitangan faham. kita tidak mahu lepas tandatangan baru keluar macam2 arahan berkaitan.jangan ada yang tersembunyi. apa yang "radikal" tu hendaklah diperjelaskan.biar semua orang faham apakah perlaksanaan yang sebenarnya.

aman_arab said...

Kalau tak keberatan.. jemputlah ke blog saya untuk tengok sifir gaji DG 41, DG 34 dan DG 48 dalam SBPA nanti.

Jururawat Desa said...

Tiada alasan lagi bagi guru yg dinaikkan pangkat dipindah dari bandar ke kws pendalaman 4 , 5tahun. Boleh kan?

duanlang said...

kena sediakan elaun tongkat, elaun ubat-ubatan jugak la....aahhaaha

Anonymous said...

Apakah penjawat awam yg sudah umur 60 tahun masih sesuai jadi Setiausaha Pejabat(kalau dinaikkan pangkat) kpd Menteri, KSU, Ketua Pengarah, Pengarah ...? hehe... tentu marah sekali...