Wednesday, September 19, 2012

ASAPANAS BISTRO | JALAN - JALAN CARI MAKAN (JJCM) TV3 | STEAMBOAT BANDAR BARU SELAYANG


ASAPANAS BISTRO | JALAN - JALAN CARI MAKAN (JJCM) TV3 | STEAMBOAT BANDAR BARU SELAYANG. Salam kepada semua sahabat, hari ni aku nak buat promotion sikit kedai steamboat sister in law aku ni...alhamdulillah awal bulan OGOS 2012 kedainya, ASAPANAS BISTRO telah dikunjungi oleh krew-krew JJCM TV3 kerana terpilih untuk mengisi slot rancangan tersebut dan dengan jayanya telah ditayangkan pada 9 SEP 2012 yang lalu.
 
Kepada yang tidak berkesempatan menonton boleh tengok video di bawah. Tak perlulah aku nak ceritakan panjang lebar tentang apa yang best dan istimewanya ASAPANAS BISTRO ni sebab semuanya terungkai apabila melihat video kat bawah ni dan jika nak tahu plan lokasi dan keadaan kedainya boleh klik sini >>>ASAPANAS BISTRO<<<
 

Impak JJCM pun sangat mengejutkan jugak laaa..buktinya sehingga semalam dah 7594 view untuk ASAPANAS BISTRO kat blog aku dan sehingga kini carian di google untuk ASAPANAS BISTRO harrazdani.blogspot.com masih di rank yang pertama.heheheh.




Terima kasih kepada yang telah dan dalam perancangan untuk berkunjung ke ASAPANAS BISTRO. Insyaallah tidak akan menghampakan. Aku pun nak ucapkan tahniah kepada sister and brother in law aku yang gigih mengusahakan ASAPANAS BISTRO sehingga berada dikedudukan sekarang. Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah semoga apa yang diusahakan oleh kalian akan diberkati dan bersyukur atas rezeki yang dikurniakanNYA.
 

2 comments:

Izwa Kamaruddin said...

mcm best je :)

OKje said...

Best jugak ni...tapi jauh pulak!!!